PENGENALAN

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Visi, Misi dan Objektif HPA

HPA telah diiktiraf dengan persijilan HALAL oleh JAKIM, GMP (Good Manufacturing Practices - Amalan Pengilangan Baik) oleh Kementerian Kesihatan dan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International.

Berikut disenaraikan Visi, Misi dan Objektif penubuhan HPA.

VISI

* HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan

* HPA komited menjadi pengeluar dan pengedar produk halal melalui jaringan MLM syariah di negara ini

* HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI

* HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami

* HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

* HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat

OBJEKTIF

* Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia

* Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan

* Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan

0 ulasan:

  © Blogger Edited by AL-WAHIDA MARKETING SDN BHD CAWANGAN SETIU Hak cipta Terpelihara hpacawangansetiu.bliogspot.com 2009

Back to TOP